Cara Memulakan buy-for-me

1. Daftar secara percuma untuk menjadi ahli BuyMall



Daftar sebagai ahli Buymall(klik sini untuk daftar). Ianya PERCUMA!


2. Cari dan pilih barangan yang anda ingin beli



Cari produk Taobao di laman web BuyMall atau anda juga boleh salin dan tampal URL produk yang anda ingin beli di bar carian BuyMall


3.1 Tambah ke Troli beli-belah (Produk Taobao)



Jika ia adalah pautan Taobao, halaman produk Taobao akan ditunjukkan. Pilih spesifikasi barang anda dan klik "Tambah ke troli"


3.2 Tambah ke Troli beli-belah (Bukan Produk Taobao)



Jika ia bukan pautan Taobao, sila pilih negara pembelian anda, isikan butiran produk, kemudian klik pada "Tambah ke troli".


4. Untuk tambah nilai, klik “Dompet Saya”



Klik "+ Tambah Nilai Dompet".(klik sini untuk tambah nilai dompet).
Tambah nilai boleh dilakukan melalui Pemindahan dalam Talian dan Pemindahan ATM


5. Lengkapkan pembayaran barang anda



Klik pada "Troli beli-belah", anda akan melihat senarai semua barangan yang anda telah tambah sebelum ini tetapi belum dibayar lagi. Tandakan barang yang ingin anda bayar dan klik "Seterusnya".


6. Pilih kaedah pengangkutan



Pilih kaedah pengangkutan yang anda suka dan klik pada "Bayar" (Caj Pengangkutan). Selepas pembayaran berjaya dibuat, Buymall akan membuat pesanan untuk anda dalam masa 1 hari bekerja.


7. Periksa status barang anda



Anda akan menerima e-mel apabila barangan anda tiba di gudang kami. Klik pada "Papan Pemuka" di penjuru kanan sebelah atas halaman web dan klik pada "Sedia Dihantar" untuk menghantar bungkusan.


8. Penghantaran barang



Klik "Pusat Penghantaran", tandakan pada barang yang anda ingin hantar bersama, dan klik "Seterusnya"


9. Pilih kaedah penghantaran yang anda inginkan



Anda boleh dapatkan penghantaran pintu-ke-pintu, pickup di lokasi terdekat atau pickup di Gudang BuyMall


10. Hasilkan Bungkusan



Pilih kaedah penghantaran yang anda mahu dan masukkan alamat penghantaran. Sistem Buymall akan mengira bayaran penghantaran secara automatik.


11. Periksa status barangan anda



Jika anda ingin menyemak status bungkusan anda, klik pada “Akaun Saya” dan lihat di bawah lajur “Bungkusan Saya”. Anda akan dapat melihat status masa nyata bungkusan anda!


China Bank And Alipay Transfer is opening