Cara Memulakan buy-for-me

12 langkah · ada video

Panduan Video

Panduan Gambar

  1. 1. Daftar secara percuma untuk menjadi ahli BuyMall

    Daftar sebagai ahli Buymall(klik sini untuk daftar). Ianya PERCUMA!

    Borang daftar: e-mel, bangsa, nombor telefon Malaysia (+60) dan kod TAC wajib diisi.
  2. 2. Cari dan pilih barangan yang anda ingin beli

    Cari produk Taobao di laman web BuyMall atau anda juga boleh salin dan tampal URL produk yang anda ingin beli di bar carian BuyMall

    Bar carian bertanda kotak hijau: tab Taobao dan 1688, “Cari barangan atau Tampal URL Produk”, ikon kamera dan butang Carian.
  3. 3.1 Tambah ke Troli beli-belah (Produk Taobao)

    Jika ia adalah pautan Taobao, halaman produk Taobao akan ditunjukkan. Pilih spesifikasi barang anda dan klik "Tambah ke troli"

    Halaman produk: pilih saiz, warna dan kuantiti; muat naik gambar (maksimum 5 imej), kotak catatan, butang Tambah Wishlist.
  4. 3.2 Tambah ke Troli beli-belah (Bukan Produk Taobao)

    Jika ia bukan pautan Taobao, sila pilih negara pembelian anda, isikan butiran produk, kemudian klik pada "Tambah ke troli".

    Borang Butiran Pesanan: Link dan Nama Item wajib; juga Warna, Saiz, Kuantiti, Harga Seunit; butang Kadar Hari ini.
  5. 4. Untuk tambah nilai, klik “Dompet Saya”

    Klik "+ Tambah Nilai Dompet".(klik sini untuk tambah nilai dompet).

    Tambah nilai boleh dilakukan melalui Pemindahan dalam Talian dan Pemindahan ATM

    Rekod Tambah Nilai: butang + Tambah Nilai Dompet, tab Rekod Urus Niaga, rekod dengan Status (cth. BERJAYA), Jumlah, Tarikh.
  6. 5. Lengkapkan pembayaran barang anda

    Klik pada "Troli beli-belah", anda akan melihat senarai semua barangan yang anda telah tambah sebelum ini tetapi belum dibayar lagi. Tandakan barang yang ingin anda bayar dan klik "Seterusnya".

    Langkah: “Bayar HANYA untuk harga produk”, tunggu di gudang forwarding, gabung pesanan, bayar caj penghantaran antarabangsa.
  7. 6. Pilih kaedah pengangkutan

    Pilih kaedah pengangkutan yang anda suka dan klik pada "Bayar" (Caj Pengangkutan). Selepas pembayaran berjaya dibuat, Buymall akan membuat pesanan untuk anda dalam masa 1 hari bekerja.

    Pilih pengangkutan laut atau udara; tanda setuju ada pembayaran kedua untuk caj Buy-For-Me dan kos penghantaran antarabangsa.
  8. 7. Periksa status barang anda

    Anda akan menerima e-mel apabila barangan anda tiba di gudang kami. Klik pada "Papan Pemuka" di penjuru kanan sebelah atas halaman web dan klik pada "Sedia Dihantar" untuk menghantar bungkusan.

    Senarai Buy-For-Me: penapis Melalui dan Status; pesanan yang siap dihantar ada butang Pusat Penghantaran.
  9. 8. Penghantaran barang

    Klik "Pusat Penghantaran", tandakan pada barang yang anda ingin hantar bersama, dan klik "Seterusnya"

    Pusat Penghantaran: tab China dan Taiwan; item tunjuk Hari disimpan; tanda item, kemudian klik Seterusnya.
  10. 9. Pilih kaedah penghantaran yang anda inginkan

    Anda boleh dapatkan penghantaran pintu-ke-pintu, pickup di lokasi terdekat atau pickup di Gudang BuyMall

  11. 10. Hasilkan Bungkusan

    Pilih kaedah penghantaran yang anda mahu dan masukkan alamat penghantaran. Sistem Buymall akan mengira bayaran penghantaran secara automatik.

    Halaman Hasilkan Bungkusan memaparkan Kos Penghantaran, Caj Buy-For-Me, Insurans dan Caj Penyimpanan.
  12. 11. Periksa status barangan anda

    Jika anda ingin menyemak status bungkusan anda, klik pada “Akaun Saya” dan lihat di bawah lajur “Bungkusan Saya”. Anda akan dapat melihat status masa nyata bungkusan anda!

    Bungkusan Saya (kotak hijau): Menunggu Kuotasi, Menunggu Pembayaran, Menunggu Pembungkusan, Penghantaran, Menunggu Pickup.

Lagi dalam "Buy-For-Me"

Tidak jumpa jawapan?

Tanya kami terus. Hantar mesej melalui WhatsApp, pasukan kami akan membalas secepat mungkin.

Talian Perkhidmatan Pelanggan +6011-3930 9960 Isnin hingga Jumaat, 10:00–18:00 (13:00–14:00 waktu rehat)

China Bank And Alipay Transfer is opening