Soalan Lazim BUY-FOR-ME
Mengapa saya mesti menggunakan BuyMall Buy-For-Me sedangkan saya boleh membelinya sendiri
Pertama sekali, BuyMall Buy-For-Me dapat membantu anda menyelesaikan masalah pembayaran luar negara.
Kedua, BuyMall Buy-For-Me bertindak sebagai penjaga pintu bagi anda dalam mengelakkan risiko membeli-belah rentas sempadan.
Seterusnya, BuyMall Buy-For-Me dapat mengintegrasikan (gabung) barangan dari penjual berlainan untuk anda dan menghantarnya bersama sebagai satu bungkusan untuk menjimatkan harga penghantaran antarabangsa.
Bolehkah anda membeli barangan untuk saya dari semua laman web China?
Ya, tetapi cuba pilih pedagang yang menyokong cara pembayaran pihak ketiga (seperti Alipay) atau mereka yang mempunyai reputasi yang lebih tinggi dan lebih baik (anda boleh merujuk laman web yang kami perkenalkan).
Selain itu, barang eksport terlarang China tidak boleh dibeli, anda boleh mengklik 【Item Sensitif & Terlarang】 untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
Bolehkah kosmetik, makanan, produk elektronik, aksesori dan lain-lain dibeli?
Ya. Perhatikan bahawa anda harus memilih mod pengangkutan yang sesuai semasa menghantar barang ini. Anda boleh mengklik 【Item Sensitif & Terlarang】 untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
Bolehkah barang yang dibuat khas dibeli?
Ya. Anda harus memberitahu kami tentang keperluan dan perinciannya (seperti gambar atau fail, muat naik ke Google Drive dan berikan pautan) di ruangan komen. Kami akan berkomunikasi dengan penjual dan membeli dari mereka mengikut kehendak anda dan jika ada keperluan untuk mengesahkan semasa proses, kami akan menghubungi anda melalui 【WhatsApp Chat】
Bolehkah barang rapuh dibeli? Bagaimana sekiranya barang itu rosak?
Boleh. Kami ingin mengingatkan anda bahawa ianya adalah proses pengangkutan jarak jauh, ini mungkin menyebabkan peluang yang lebih tinggi untuk menerima barang yang rosak.
Pembeli akan mengingatkan penjual untuk menguatkan bungkusan dan kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan. Apabila anda mengemukakan pesanan Buy-For-Me, anda dianggap menerima risiko menanggung kerosakan produk rapuh.
Bolehkah saya membeli item pra-pesanan (pre-order) yang memerlukan pendahuluan menggunakan perkhidmatan Buy-For-Me?
Ya, namun anda harus membuat pembayaran penuh sebelum kami meneruskan pesanan dengan penjual dan menyatakan tarikh pembayaran pertama dan terakhir.
Bolehkah anda membeli barang untuk saya dari Xian Yu?
Ya. Setelah anda menghantar pesanan Buy-For-Me, berikan ID pesanan dan tangkapan skrin kod QR produk ke WhatsApp Chat, dan nyatakan 【pesanan IDXXXX QR code】.
Untuk maklumat selepas jualan, sila klik di sini.
Bagaimana mendapatkan Kod QR XianYu?
Anda boleh mengikuti langkah di bawah untuk mendapatkan Kod QR:
1. Pilih item dan klik di sudut kanan atas

2. Klik kongsi

3. Klik simpan dan anda boleh semak di Galeri Telefon anda

Bolehkah barang maya dibeli?
Ya, anda boleh membuat pesanan untuk produk maya seperti duit syiling permainan, perisian, dan lain-lain. Semasa menghantar pesanan Buy-For-Me, jumlah harga produk mesti termasuk 8% dari bayaran Buy-For-Me. Contohnya, harga produk adalah RM100, dan jumlah harga produk yang harus anda kirimkan ialah RM108 (RM100 + 8% Buy-For-Me RM8). Semasa proses pesanan, pembeli akan meninggalkan mesej melalui WhatsApp Chat untuk menghubungi anda.
Bolehkah saya membeli lebih rendah daripada kuantiti permintaan penjual?
Oleh kerana beberapa penjual 1688 mempunyai kuantiti pesanan minimum, jika kuantiti yang anda pesan kurang dari permintaan minimum oleh penjual, pembeli akan membatalkan pesanan Buy-For-Me anda.
Bilakah saya harus mengisi alamat penghantaran Malaysia saya?
Apabila pesanan Buy-For-Me menunjukkan "Menunggu Penyatuan Barang", anda boleh memilih kaedah penghantaran dan mengisi alamat penerima.
Lagi dalam "Buy-For-Me"
Tidak jumpa jawapan?
Tanya kami terus. Hantar mesej melalui WhatsApp, pasukan kami akan membalas secepat mungkin.
Talian Perkhidmatan Pelanggan +6011-3930 9960 Isnin hingga Jumaat, 10:00–18:00 (13:00–14:00 waktu rehat)